Categories

Latest posts

Ujian Minum Air Gula

Pernah tak terfikir kenapa Dr suruh buat ujian air gula atau MGTT ni masa mengandung? Dah la manis kan? Mesti lepas minum tu kena kencing manis kan? Mesti ramai yang tanya macam tu. Sebab Dr pun selalu dapat soalan macam ni dengan mommies yang mengandung. Bukan Dr nak suruh mommies ni dapat kencing manis sebab minum air gula yang manis tu, actually Dr nak test badan mommies tu masih boleh proses gula yang berlebihan tu ke tak?

Sebelum minum air gula tu, Dr akan amik darah dulu. Lepas amik darah tu, baru Dr suruh mommies minum air gula tu. Lepas 2 jam minum air gula, Dr akan amik darah sekali lagi nak check, sama ada kenaikan paras gula dalam darah tinggi atau pun tak.

Sebab kencing manis ni terjadi bila badan kita tak dapat nak tukarkan gula yang kita minum tadi jadi glikogen untuk kita simpan. So kalau badan kitab oleh tukar gula berlebihan kepada gilkogen dengan baik, so takdela kencing manis tu.

Senang kan nak faham?

SHARE:

    Comments are closed

    Contact Us:
    • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
      Bandar Tun Hussein Onn,
      43200 Cheras Selangor.
    • 03 9547 4043 / 012 800 8554
    • klinikezze@gmail.com
    Follow Us:
    Our Location
    ©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

    Chlamydia

    Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

    Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

    Tanda dan Gejala

    80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

    Untuk Lelaki :

    • Keluaran cecair dari zakar (penis)
    • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
    • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
    • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

    Untuk Wanita:

    • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
    • Sakit di bahagian abdomen (perut)
      Perdarahan diantara kitaran haid
    • Demam
    • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

    Untuk Bayi:

    • Demam
    • Radang paru-paru (Pneumonia)
    • Sakit mata

      Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

     

    Rawatan

    Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

    Pencegahan

    Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
    × Hi, boleh kami bantu anda?