Untuk melakukan ujian darah, anda boleh buat temujanji atau datang ke klinik dengan memakai mask jika anda ingin merahsiakan kehadiran anda.
Sesampai di klinik, anda hanya perlu berikan nama samaran dan no telefon. Doktor akan panggil anda ke dalam bilik pemeriksaan untuk mengambil ujian darah.
Selepas selesai ujian darah dan membuat bayaran, anda boleh pulang. Selepas 3-5 hari bekerja, keputusan ujian akan diberikan melalui whatsapp kepada anda.
Anda boleh datang semula untuk berbincang dengan Doktor jika perlu untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya.