Gonorrhea atau kencing bernanah adalah sejenis jangkitan Penyakit kelamin atau STD yang biasa menyerang mereka yang sering bertukar pasangan. Walaupun pasangan anda mungkin tiada simptoms, namun mereka masih boleh menjangkiti anda sekiranya mereka membawa jangkitan tersebut di dalam badan mereka.
Gejala yang paling biasa berlaku akibat jangkitan gonorrhea ini adalah seperti nanah yang keluar dari kemaluan lelaki dan rasa sakit dan pedih sewaktu kencing. Ada juga yang mengalami simptom ringan seperti demam ringan dan sakit badan sahaja. Namun penting untuk mereka yang menghidap penyakit ini untuk mendapatkan rawatan segera.
Penyakit gonorrhea ini boleh dirawat sepenuhnya. Jadi anda perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang seperti jangkitan pada testes dan prostat selain kemandulan.
80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.
Untuk Lelaki :
Untuk Wanita:
Untuk Bayi: