Categories

Latest posts

Mati Pucuk

Erectile Dysfunction atau mati pucuk ini adalah masalah yang ramai lelaki ada, tetapi malu nak tampil ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan.

Kenapa mati pucuk ni berlaku?

Mati pucuk adalah masalah dimana pesakit tidak dapat mencapai atau mengekalkan ketegangan pada batang zakar. Ketegangan ini dicapai dengan meningkatkan jumlah darah yang mengalir di situ. Jadi dengan saluran darah itu membesar, lebih banyak darah akan mengalir ke batang zakar dan erection datau ketegangan itu dapat dicapai.

Jika pengaliran darah itu terganggu, maka erection atau ketegangan itu juga sukar untuk berlaku.

 

Ada bebrapa sebab kenapa mati pucuk berlaku.

 

  • Penyakit 3 serangkai.
    iaitu Kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Kencing manis yang paling banyak menyebabkan berlakunya mati pucuk ini. Jadi semua pesakit yang datang berjumpa saya untuk masalah mati pucuk ni, saya akan check masalah kencing manis terlebih dahulu.

 

  • Alcohol dan dadah
    Penyalahgunaan alkohol dan dadah secara berpanjangan boleh menyebabkan gangguan pada otak dan menyebabkan stimulus tidak dapat diterima dengan baik. Jadi apabila berlaku rangsangan yang sepatutnya boleh menyebabkan ketegangan atau erection, ini tidak berlaku kerana gangguan pada otak untuk memproses rangsangan tersebut.

 

  • Merokok
    Ini juga adalah antara punca utama berlakunya masalah mati pucuk. Kita sedia maklum, bahan kimia di dalam asap rokok boleh menyebabkan pelbagai masalah dan salah satunya adalah masalah penyempitan saluran darah. Penyempitan salur darah ini adalah antara punca kenapa mati pucuk boleh berlaku.

 

  • Masalah saraf
    Bagi mereka yang ada kecederaan pada saraf tunjang atau tulang belakang, mereka juga akan ada masalah mati pucuk ini. Kerana rangsangan itu tidak dapat disampaikan dari otak ke bahagian zakar untuk ketegangan itu berlaku.

 

  • Masalah hormon
    Kekurangan hormon testosterone iaitu hormon lelaki atau hormon-hormon lain akan menyebabkan perkembangan dan tumbesaran organ zakar itu sendiri terganggu menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

 

  • Obesity
    Berat badan yang berlebihan dan obesity juga boleh menjadi punca berlakunya mati pucuk. Ini kerana obesity akan mengganggu fungsi hormon dan keseimbangan hormon tersebut di dalam badan. Selain itu ia juga adalah faktor risiko berlakunya kencing manis yang akan lebih memudaratkan masalah mati pucuk ini.

 

  • Ubat-ubat dan supplement.
    Sesetengah ubat-ubatan dan supplement mungkin juga akan mengganggu kestabilan hormon, mengganggu mood dan emosi. Ini juga akan menyebabkan berlakunya masalah mati pucuk. Namun ini mudah dirawat dengan hanya menukar ubat-ubat tersebut atau berhenti mengambil supplement tersebut untuk merawat mati pucuk itu.

 

Jika anda ada masalah mati pucuk, segera dapatkan pemeriksaan dari doktor. Boleh datang ke Klinik EZZE untuk pemeriksaan dan rawatan.

SHARE:

    Comments are closed

    Contact Us:
    • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
      Bandar Tun Hussein Onn,
      43200 Cheras Selangor.
    • 03 9547 4043 / 012 800 8554
    • klinikezze@gmail.com
    Follow Us:
    Our Location
    ©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

    Chlamydia

    Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

    Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

    Tanda dan Gejala

    80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

    Untuk Lelaki :

    • Keluaran cecair dari zakar (penis)
    • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
    • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
    • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

    Untuk Wanita:

    • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
    • Sakit di bahagian abdomen (perut)
      Perdarahan diantara kitaran haid
    • Demam
    • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

    Untuk Bayi:

    • Demam
    • Radang paru-paru (Pneumonia)
    • Sakit mata

      Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

     

    Rawatan

    Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

    Pencegahan

    Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
    × Hi, boleh kami bantu anda?