Categories

Latest posts

Pancut Awal?

Berapa lama anda boleh tahan?

1 minit?

3 minit?

10 minit?

30 minit?

Kalau mengikut DSM 5, Premature Ejaculation di kira jika kurang dari 1 minit. So kalau dah lebih 1 minit tu dah dikira ok. Tapi boleh ke nak lagi lama? Berapa lama dikira ‘normal’ sebenarnya?

Sebenarnya tiada jangkamasa yang ‘normal’. Sesetengah orang 5 minit dikira normal, ada yang 10 minit dikira normal dan ada yang 15 minit dikira normal. Namun lelaki memang secara semulajadi nak jadi kuat, nak tahan lama dan sebagainya.

Kenapa jadi masalah seperti ini? Ada beberapa faktor, ada disebabkan oleh masalah kesihatan, ada juga yang disebabkan oleh masalah emosi. Masalah emosi biasanya perlu diselesaikan oleh kaunselor, namun ada beberapa jenis ubat yang boleh diberikan untuk membantu mengatasi masalah ini.

Masalah perubatan seperti masalah genetic dan hormon lelaki. 1 per 3 dari pesakit yang ada masalah Premature ejaculation ini juga ada masalah erectile dysfunction, atau bahasa melayu dipanggil mati pucuk. Biasanya beberapa ujian darah perlu dilakukan untuk memastikan anda tiada masalah kesihatan lain yang lebih membimbangkan. Ubat-ubatan seperti ubat sapu, ubat makan dan supplements boleh diambil selain dari meditasi dan senaman kegel dapat membantu mengatasi masalah Premature ejaculation ini.

Jadi jika anda ada masalah tak boleh nak tahan lama, boleh datang berjumpa dengan doktor, doktor boleh berikan ubat untuk membantu anda.

SHARE:

    Comments are closed

    Contact Us:
    • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
      Bandar Tun Hussein Onn,
      43200 Cheras Selangor.
    • 03 9547 4043 / 012 800 8554
    • klinikezze@gmail.com
    Follow Us:
    Our Location
    ©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

    Chlamydia

    Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

    Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

    Tanda dan Gejala

    80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

    Untuk Lelaki :

    • Keluaran cecair dari zakar (penis)
    • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
    • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
    • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

    Untuk Wanita:

    • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
    • Sakit di bahagian abdomen (perut)
      Perdarahan diantara kitaran haid
    • Demam
    • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

    Untuk Bayi:

    • Demam
    • Radang paru-paru (Pneumonia)
    • Sakit mata

      Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

     

    Rawatan

    Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

    Pencegahan

    Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
    × Hi, boleh kami bantu anda?