Categories

Latest posts

Kencing Kotor Semasa Mengandung

Semasa mengandung, mommies sangat senang kena jangkitan kuman pada salur kencing atau biasa dipanggil kencing kotor.

Disebabkan perubahan pada sekitar Kawasan Miss V, disebabkan perubahan hormone semasa mengandung, bakteria baik semakin berkurang dan bakteria jahat disekitar itu semakin bertambah dan ada kemungkinan bakteria jahat tersebut naik keatas sampai ke saluran kencing.

Bila bakteria jahat ni sampai ke saluran kencing, ia akan menyebabkan jangkita pada saluran kencing.

Jangkitan pada saluran kencing ini biasanya akan menyebabkan simptoms seperti;

 

  1. Kerap kencing
  2. Sakit sewaktu kencing
  3. Kencing rasa tak puas, kencing sikit, lepas tu rasa nak kencing lagi
  4. Demam untuk jangkitan yang lebih teruk
  5. Rasa loya muntah dan lemah
  6. Jangkitan kuman yang merebak ke dalam salur darah (sepsis)

 

Kalau ada simptoms macam ni, kena cepat-cepat berjumpa Dr ya, biar Dr periksa dan buat beberpa jenis ujian seperti ujian darah dan ujian kencing.

Kalau betul ada jangkitan kuman, Dr akan berikan antibiotic yang selamat untuk mommies yang mengandung. Jangan ambil sebarang antibiotic ya, sebab bukan semua antibiotic selamat untuk ibu mengandung.

Dan jangan lupa banyakkan minum air kosong di rumah, ia dapat membantu mengelakkan atau mengurangkan kesan jangkitan salur kencing.

Semoga bermanfaat.

 

Klinik EZZE
Bandar Tun Hussein Onn

03-9547 4043 /012- 800 8554

 

SHARE:

    Comments are closed

    Contact Us:
    • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
      Bandar Tun Hussein Onn,
      43200 Cheras Selangor.
    • 03 9547 4043 / 012 800 8554
    • klinikezze@gmail.com
    Follow Us:
    Our Location
    ©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

    Chlamydia

    Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

    Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

    Tanda dan Gejala

    80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

    Untuk Lelaki :

    • Keluaran cecair dari zakar (penis)
    • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
    • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
    • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

    Untuk Wanita:

    • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
    • Sakit di bahagian abdomen (perut)
      Perdarahan diantara kitaran haid
    • Demam
    • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

    Untuk Bayi:

    • Demam
    • Radang paru-paru (Pneumonia)
    • Sakit mata

      Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

     

    Rawatan

    Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

    Pencegahan

    Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
    × Hi, boleh kami bantu anda?