Penyakit Kelamin adalah jangkitan disebabkan oleh pelbagai jenis kuman. Antara yang biasa adalah seperti HIV, Hepatitis B, Herpes Simplex, Chlamydia, Gonorrhea, Syphillis dan lain-lain. Antara simptoms awal yang biasa dihadapi oleh pesakit adalah seperti discaj dari kemaluan, rasa gatal, sakit sewaktu kencing, luka pada kemaluan dan lain-lain.
Namun ada juga pesakit yang hanya mendapat simptoms ringan seperti rasa seperti nak demam, sakit-sakit badan. Ia adalah tanda yang tidak spesifik. Dan ada juga pesakit yang tidak menunjukkan apa-apa simptom langsung. Namun, ia boleh merebak dan menyebabkan simptom yang lebih teruk pada masa akan datang jika tidak dirawat sepenuhnya dari awal.
HIV boleh menyebabkan pesakit mendapat AIDS, dimana sistem imuniti pesakit tersebut musnah sepenuhnya dan boleh mendapat jangkitan kuman lain yang teruk. Hepatitis boleh menyebabkan fungsi hati rosak sepenuhnya. Syphillis boleh menyebabkan jangkitan merebak ke organ lain seperti ke bahagian otak, menyebabkan lumpuh dan lain-lain simptoms. Penyakit kelamin secara umum boleh menyebabkan kemandulan pada kedua-dua lelaki dan wanita.
Jadi, bagi mereka yang berisiko mendapat penyakit kelamin, sebaiknya anda lakukan saringan walaupun anda tidak mengalami sebarang simptoms.
80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.
Untuk Lelaki :
Untuk Wanita:
Untuk Bayi: