HIV tadalah sejenis jangkitan virus yang agak pelik. Ini kerana ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti jika anda dijangkiti HIV memerlukan sela masa yang agak panjang.
Sebelum itu, saya bahagikan dulu ada beberapa jenis ujian untuk HIV.
Kebanyakan rapid test kit sekarang adalah 3rd generation. Ia sudah cukup bagus untuk memastikan anda negatif dari HIV jika ia negatif selepas 3 bulan. Namun jika ada risiko yang tinggi, saya masih sarankan untuk lakukan sehingga 6 bulan.
Ujian ini dilakukan oleh makmal perubatan yang diiktiraf. Sampel darah akan diambil di klinik dan dihantar ke makmal untuk ujian dilakukan. Ujian ini sebenarnya mengesan kehadiran antibodi yang dihasilkan oleh badan kita terhadap virus HIV. Antibodi ini akan dihasilkan diantara 1-3 bulan selepas anda dijangkiti. Jadi jika anda terdedah pada jangkitan, pastikan anda lakukan beberapa siri ujian, bermula dari selepas anda terdedah pada jangkitan, ini penting untuk memastikan anda sebenarnya tiada HIV pada masa anda terdedah pada risiko tersebut. Dan ujian akan dilakukan lagi selepas 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan. Jika kesemua ujian menunjukkan keputusan yang negatif, anda dikira negatif.
Ujian ini adalah antara teknologi yang paling baru dan paling berkesan untuk mengesan jangkitan HIV. Ia boleh dilakukan dari 10 hari selepas terdedah pada risiko jangkitan dan jika dilakukan selepas 30 hari dan keputusannya negatif, anda dikira tidak menghidap jangkitan HIV daripada episode tersebut. Namun jika anda ada lagi terdedah pada risiko jangkitan lain selepas itu, ujian seterusnya perlu dilakukan semula.

80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.
Untuk Lelaki :
Untuk Wanita:
Untuk Bayi: