Categories

Latest posts

Ambil vaksin semasa mengandung, boleh ke?

Sewaktu mengandung, system imunisasi ibu akan berkurang berbanding sebelum mengandung. Ini juga punca kenapa ibu mengandung adalah golongan yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk.

Jadi untuk membantu meningkatkan system imunisasi ibu mengandung, pengambilan vaksin sangat digalakkan.

Namun bukan semua vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung. Hanya ada beberapa vaksin yang terbukti selamat untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

 

Contoh vaksin yang selamat untuk ibu mengandung

 

  1. Vaksin Tetanus

Vaksin ni biasa Dr akan bagi kalau mommies buat follow up di Klinik Kesihatan. Ia membantu mengelakkan jangkitan tetanus sewaktu mommies bersalin nanti.

 

  1. Vaksin DTaP

Vaksin ni 3 serangkai iaitu Diphteria, Tetanus dan Pertussis. Vaksin ni tambahan kepada vaksin Tetanus yang biasa tu, ia memberi lebih banyak perlindungan, dan juga perlindungan tersebut akan sampai juga pada baby selepas lahir nanti.

 

  1. Vaksin Influenza

Ni memang sangat digalakkan untuk mommies ambil. Sebab kalau dijangkiti influenza, risiko untuk berlaku komplikasi pada mommies yang mengandung lebih tinggi dari orang biasa.

 

  1. Vaksin Covid 19

Vaksin ini pun selamat untuk ibu mengandung. Tapi rata-rata semua dah ambil vaksin ni. Dan semua orang dah faham sangat pasal penyakit ni.

 

  1. Vaksin Meningococcal

Ni vaksin yang kena ambil kalau mommies nak pergi menunaikan umrah. Vaksin ni diwajibkan oleh pihak Arab Saudi sendiri, dan ibu mengandung tidak terkecuali dari kewajipan mengambil vaksin ini. Ia memang disahkan selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya di ruangan komen di bawah ya.

 

Semoga bermanfaat.

Klinik EZZE
Bandar Tun Hussein Onn
03-9547 4043 / 012- 800 8554

SHARE:

    Comments are closed

    Contact Us:
    • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
      Bandar Tun Hussein Onn,
      43200 Cheras Selangor.
    • 03 9547 4043 / 012 800 8554
    • klinikezze@gmail.com
    Follow Us:
    Our Location
    ©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

    Chlamydia

    Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

    Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

    Tanda dan Gejala

    80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

    Untuk Lelaki :

    • Keluaran cecair dari zakar (penis)
    • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
    • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
    • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

    Untuk Wanita:

    • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
    • Sakit di bahagian abdomen (perut)
      Perdarahan diantara kitaran haid
    • Demam
    • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

    Untuk Bayi:

    • Demam
    • Radang paru-paru (Pneumonia)
    • Sakit mata

      Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

     

    Rawatan

    Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

    Pencegahan

    Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
    × Hi, boleh kami bantu anda?