Dating Scan

Dating scan ni adalah scan awal yang doktor akan buat. Dalam scan ini, doktor akan tengok beberapa perkara. Yang pertama adalah kantung mengandung atau gestational sac. Jika ada, doktor akan pastikan kantung tersebut berada dalam rahim. Ini sangat penting untuk memastikan anda tidak mengalami kehamilan di luar rahim. Kehamilan di luar rahim adalah sangat berbahaya yang boleh meragut nyawa ibu jika lambat dirawat. Kehamilan luar rahim memerlukan pembedahan untuk doktor keluarkan janin yang melekat di luar rahim tersebut.

Selepas nampak kantung mengandung, doktor akan check pula sama ada kantung telur atau yolk sac boleh dilihat. Yolk sac boleh menentukan kantung mengandung tadi adalah benar-benar kantung mengandung, bukan sekadar kantung air/darah sahaja. Ini penting untuk membezakan kantung mengandung yang sebenar, terutama sewaktu di awal kandungan.

Semakin janin membesar, janin akan jelas kelihatan di dalam kantung mengandung. Janin tersebut akan di ukur dari kepala hingga ke punggungnya untuk mendapatkan ukuran Crown Rump Length (CRL). CRL ini sangat penting kerana ukurannya dalah sangat tepat berdasarkan tempoh kandungan. Maknanya, jika ukuran CRL tadi adalah 6 minggu, jadi tempoh kandungan sebenar adalah di antara 5 minggu 2 hari sehingga 6 minggu 5 hari, iaitu +/- 5 hari sahaja. Sekiranya bertepatan dengan tempoh kandungan yang dikira secara tarikh pertama haid tadi, maka kiraan tersebut dikira selari (EDD, estimated due/delivery date). Jadi tarikh dijangka bersalin akan dikira berdasarkan tarikh haid yang pertama.

Namun sekiranya tarikh yang didapati dari pada CRL (+/- 5 hari) tidak sama seperti tarikh pertama haid, maka dating scan yang kedua akan dilakukan untuk mendapatkan tarikh baru dijangka bersalin (REDD, revised due/delivery date)
Dating scan ini perlu dilakukan di antara 8-14 minggu. Barulah syarat +/- 5 hari tadi boleh dikirapakai. Sekiranya sebelum atau selepas 8-14 minggu, ia tiddak boleh dikira pakai lagi.

Selepas janin dikenalpasti dan dikira saiznya, jantung janin akan diperiksa. Imbasan doppler akan dilakukan, ibu boleh melihat warna merah dan biru (bergantung pada kebolehan mesin ultrasound) yang menunjukkan aliran pergerakan darah pada jantung baby. Kadar degupan jantung baby juga dapat dikira dan dipastikan sama ada ia berada dalam julat yang normal atau tidak.

2D Growth Scan

2D bermakna 2 dimensi, iaitu hanya ada paksi panjang dan tinggi sahaja. ia adalah seperti lukisan pada kertas. Growth scan pula adalah untuk melihat perkembangan pada janin/baby dalam kandungan. Ia akan dilakukan sepanjang tempoh kehamilan. Beberapa parameter yang berbeza akan diperiksa semasa 2D growth scan dilakukan bergantung pada tempoh kandungan itu sendiri.

Sebagai contoh, pada trimester pertama (0-14 minggu), biasanya hanya CRL yang akan diperiksa. Namun boleh juga diperiksa saiz kepala (Biparietal Diameter BPL dan Head circumference HC), saiz abdomen (Abdominal circumference, AC) dan juga saiz tulang peha baby (Femur Length, FL).

Untuk trimester ke-2 (14-28 minggu), 2D growth scan akan memeriksa dengan lebih terperinci. Parameter yang sama masih akan diperiksa iaitu saiz kepala, saiz abdomena dan saiz tulang peha. Kadar degupan jantung juga akan diperiksa. Selain itu, lokasi placenta(uri) akan diperiksa. Saiz, struktur placenta juga akan diperiksa untuk memastikan placenta adalah normal. Selepas 20 minggu, kebiasaannya janin baby dapat dipastikan.

Untuk trimester ke-3 (28-40 minggu), 2D growth scan masih akan diteruskan. Juga akan lebih kerap untuk sesetengah kes, terutama yang berisiko tinggi seperti penghidap kencing manis, ddarah tingg dan lain-lain.
Parameter yang akan diperiksa juda tidak banyak berubah. Saiz kepala, saiz abdomen, saiz tulang peha, kedudukan/saiz/struktur placenta, kedudukan baby (kepala di atas/bawah), jumlah air ketuban, kadar degupan jantung dan lain-lain akan diukur semasa 2D growth scan dilakukan pada trimester ke-3.

NT Scan

NT scan adalah Nuchal Translucency scan, dimana scan ini dilakukan pada 11-14 minggu, ianya khas dilakukan sabagai saringan kepada msalah genetik seperti trisomy 21 (down syndrome). Sekiranya ia positif, dr akan teruskan dengan Detail scan/anomaly scan pada 18-24 minggu untuk mengesahkan perubahan fizikal baby adakah benar-benar mengalami down syndrome atau masalah lain.

NT scan ini perlu dilakukan oleh doktor atau sonografer yang terlatih kerana ia memerlukan teknik yang agak mencabar. Bukan semua klinik boleh menyediakan perkhidmatan NT scan.

Detail Scan @ Anomaly Scan

Detail scan atau anomaly scan ini adalah scan yang diakukan oleh sonografer terlatih atau pakar perubatan sakit puan khas MFM (Maternal Fetal Medicine Specialist). Detail scan/anomaly scan ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sekiranya terdapat struktur fizikal anggota badan bayi dalam kandungan yang tidak normal.

Antara yang akan diperiksa dengan teliti adalah kepala, otak, muka, bibir, jantung, perut, hati, buah pinggang, tulang-tulang utama seperti tangan, kaki, tulang belakang dll, Sekiranya terdapat sebarang masalah pada tumbesaran pembentukan anggota badan bayi tadi, ia mungkin menunjukkan bayi tadi ada masalah yang tertentu.

Ujian seterusnya boleh dilakukan jika kedua ibu bapa setuju untuk meneruskan ujian seperti amniocentesis dan NIPT.

Gender Scan

Ini adalah scan yang hanya bertujuan untuk menentukan jantina bayi. Biasanya dilakukan pada 20 minggu ke atas. Ia boleh dilakukan secara 2D scan atau 3D scan.

3D4D5D Scan

3D4D5D scan ini adalah scan yang special. Ia akan memberikan kepuasan kepada ibu bapa namun tidak banyak manfaat dari segi perubatan. Tujuan 3D4D5D scan hanyalah menukar imej 2D kepada 3D, yang lebih mudah difahami oleh orang biasa.

3D merujuk kepada 3 dimensi iaitu mempunyai paksi panjang, tinggi dan dalam. Dengan adanya 3 dimensi ini, ia akan membentuk imej yang mudah difahami oleh ibu bapa berbanding imej 2D yang memerlukan imaginasi dan latihan seperti yang dimiliki oleh doktor perubatan. Jadi 3D adalah imej yang statik manakala 4D adalah imej yang bergerak (video) dengan masa sebagai dimensi ke 4.

5D pula adalah imej yang diubahwarna menjadi lebih realistik dan mirip kepada warna kulit manusia.

3D4D5D scan boleh dilakukan pada awal kandungan untuk melihat struktur janin dan pada 24-32 minggu untuk melihat struktur anggota badan bayi seperti muka, tangan dan kaki.

Tempah Janji Temu Ultrasound

Contact Us:
  • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
    Bandar Tun Hussein Onn,
    43200 Cheras Selangor.
  • 03 9547 4043 / 012 800 8554
  • klinikezze@gmail.com
Follow Us:
Our Location
©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

Tanda dan Gejala

80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

Untuk Lelaki :

  • Keluaran cecair dari zakar (penis)
  • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
  • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
  • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

Untuk Wanita:

  • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
  • Sakit di bahagian abdomen (perut)
    Perdarahan diantara kitaran haid
  • Demam
  • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

Untuk Bayi:

  • Demam
  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Sakit mata

    Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

 

Rawatan

Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

Pencegahan

Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.

Assoc. Prof. Dr Mohd Faizal Ahmad

Obstetrics & Gynaecology Consultant
MD UPM, DrObgyn UKM
Dr. Faizal mempunyai rekod cemerlang dan pengalaman meluas dalam bidang perubatan. Selepas mendapat ijazah perubatan dari UPM pada tahun 2008, beliau terus meningkatkan kepakaran dan akhirnya mengukuhkan reputasinya sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi yang dihormati.

Dr. Faizal juga merupakan antara Pakar Endokrinologi Reproduktif dan Pakar Onkofertiliti terunggul di UKMMC, di mana beliau menggunakan kepakarannya untuk menangani isu kesuburan yang kompleks termasuk pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser. Sebagai seorang pakar yang serba boleh, Dr. Faizal mencerminkan keunggulan dalam bidangnya dan merupakan profesional kesihatan yang diidamkan oleh ramai pasangan TTC.

Bukan sahaja beliau telah menulis lebih daripada 80 penerbitan dan jurnal, Dr. Faizal juga merupakan ahli jawatankuasa di MedTweetMY yang berusaha untuk berkongsi pengetahuan perubatan kepada orang ramai. Selain itu, beliau mendapat pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, menerima anugerah Penyampaian Poster Terbaik dan Abstrak Terbaik dalam Obstetrik dari ISGE Italy dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UKM.

Dr. Faizal terus berdedikasi untuk memajukan pengetahuan perubatan dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat  PhD dalam Maturation Invitro Oosit dalam Kadar Ovarian Rendah, dengan komitmen tinggi untuk terus memberikan penjagaan yang cemerlang kepada pesakit-pesakitnya.
× Hi, boleh kami bantu anda?