Ezze Travel Kit

Anda pasti memerlukannya

Adakah anda sering travel? Ezze Travel Kit hendaklah menjadi pilihan pertama anda untuk menangani sebarang jenis situasi kecemasan.

Dapatkan Ezze Travel Kit di Klinik EZZE BTHO atau secara atas talian.

Kekal Sihat di Luar Negara

Mudah Dibawa dan Pocket Friendly

Pertolongan Cemas di Mana-mana

Senarai Ubat Ezze Travel Pack

Paracetamol Tab 500mg (Demam)

2 Biji 4 Kali Sehari Lepas Makan

Alemecon Tab 10mg (Gastrik)

2 Biji 3 Kali Sehari Sebelum Makan

Copastin Tab 10mg (Batuk Kering)

1 Biji 3 Kali Sehari Selepas Makan

Cetirizine HCI Tab 10mg (Selsema/Gatal)

1 Biji 1 Kali Sehari Selepas Makan

Buscopan Tab 10mg (Sakit Perut)

1 Biji 3 Kali Sehari Selepas Makan

Charcoal Tab 250mg (Cirit Birit/Angin)

2 Biji 3 Kali Sehari Sebelum Makan

Duocoxib Tab 90mg (Tahan Sakit)

1 Biji 1 Kali Sehari Selepas Makan

Quorbyx 
(Krim Pelembap)

Sapu 3 Kali Sehari

Oral Rehydration Salt (Dehidrasi)

1 Sachet Sebelum Makan Bila Perlu

Dequalinium Lozenges 0.25mg (Sakit Tekak)

1 Biji 3 Kali Sehari Selepas Makan
Sekiranya anda perlukan bantuan untuk berbincang dengan doktor sewaktu anda dalam perjalanan, anda cuma perlu scan QR Code dan dapatkan temujanji Konsultasi Di Atas Talian dengan Doktor di Klinik EZZE.

Kami akan bantu anda, sekiranya anda memerlukan ubat tambahan, Slip Ubat akan diberikan secara atas talian kepada anda.
Contact Us:
  • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
    Bandar Tun Hussein Onn,
    43200 Cheras Selangor.
  • 03 9547 4043 / 012 800 8554
  • klinikezze@gmail.com
Follow Us:
Our Location
©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

Tanda dan Gejala

80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

Untuk Lelaki :

  • Keluaran cecair dari zakar (penis)
  • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
  • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
  • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

Untuk Wanita:

  • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
  • Sakit di bahagian abdomen (perut)
    Perdarahan diantara kitaran haid
  • Demam
  • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

Untuk Bayi:

  • Demam
  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Sakit mata

    Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

 

Rawatan

Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

Pencegahan

Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.

Assoc. Prof. Dr Mohd Faizal Ahmad

Obstetrics & Gynaecology Consultant
MD UPM, DrObgyn UKM
Dr. Faizal mempunyai rekod cemerlang dan pengalaman meluas dalam bidang perubatan. Selepas mendapat ijazah perubatan dari UPM pada tahun 2008, beliau terus meningkatkan kepakaran dan akhirnya mengukuhkan reputasinya sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi yang dihormati.

Dr. Faizal juga merupakan antara Pakar Endokrinologi Reproduktif dan Pakar Onkofertiliti terunggul di UKMMC, di mana beliau menggunakan kepakarannya untuk menangani isu kesuburan yang kompleks termasuk pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser. Sebagai seorang pakar yang serba boleh, Dr. Faizal mencerminkan keunggulan dalam bidangnya dan merupakan profesional kesihatan yang diidamkan oleh ramai pasangan TTC.

Bukan sahaja beliau telah menulis lebih daripada 80 penerbitan dan jurnal, Dr. Faizal juga merupakan ahli jawatankuasa di MedTweetMY yang berusaha untuk berkongsi pengetahuan perubatan kepada orang ramai. Selain itu, beliau mendapat pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, menerima anugerah Penyampaian Poster Terbaik dan Abstrak Terbaik dalam Obstetrik dari ISGE Italy dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UKM.

Dr. Faizal terus berdedikasi untuk memajukan pengetahuan perubatan dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat  PhD dalam Maturation Invitro Oosit dalam Kadar Ovarian Rendah, dengan komitmen tinggi untuk terus memberikan penjagaan yang cemerlang kepada pesakit-pesakitnya.
× Hi, boleh kami bantu anda?