Your Trusted GP Clinic with Special Focus on Sexual Health
While we provide a wide range of general healthcare services, we have a special focus on men's & women's health and the testing & treatment of infection & diseases. Our team of experienced healthcare providers is committed to delivering effective care for these sensitive health issues with utmost privacy and professionalism, ensuring that your treatment is both anonymous and confidential.
We are here to support your health journey with care and compassion. Whether you need routine medical care or specialized health services, you can trust us to provide the highest standard of care in a welcoming and confidential environment.
Taking control of your health has never been easier. At Klinik Ezze, we're here to support you every step of the way. Whether you need testing, treatment, or just someone to talk to about your condition, you can count on us.
Quality Healthcare With No Judgments
Our focus is solely on your health and happiness, without any stigma attached by addressing them with the utmost professionalism and care. We are proud to introduce our team of doctors who are highly credible and dedicated to provide you with the best care possible.
Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.
Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.
Tanda dan Gejala
80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.
Untuk Lelaki :
Keluaran cecair dari zakar (penis)
Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.
Untuk Wanita:
Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
Sakit di bahagian abdomen (perut) Perdarahan diantara kitaran haid
Demam
Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.
Untuk Bayi:
Demam
Radang paru-paru (Pneumonia)
Sakit mata
Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.
Rawatan
Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.
Pencegahan
Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
Dr. Faizal mempunyai rekod cemerlang dan pengalaman meluas dalam bidang perubatan. Selepas mendapat ijazah perubatan dari UPM pada tahun 2008, beliau terus meningkatkan kepakaran dan akhirnya mengukuhkan reputasinya sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi yang dihormati.
Dr. Faizal juga merupakan antara Pakar Endokrinologi Reproduktif dan Pakar Onkofertiliti terunggul di UKMMC, di mana beliau menggunakan kepakarannya untuk menangani isu kesuburan yang kompleks termasuk pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser. Sebagai seorang pakar yang serba boleh, Dr. Faizal mencerminkan keunggulan dalam bidangnya dan merupakan profesional kesihatan yang diidamkan oleh ramai pasangan TTC.
Bukan sahaja beliau telah menulis lebih daripada 80 penerbitan dan jurnal, Dr. Faizal juga merupakan ahli jawatankuasa di MedTweetMY yang berusaha untuk berkongsi pengetahuan perubatan kepada orang ramai. Selain itu, beliau mendapat pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, menerima anugerah Penyampaian Poster Terbaik dan Abstrak Terbaik dalam Obstetrik dari ISGE Italy dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UKM.
Dr. Faizal terus berdedikasi untuk memajukan pengetahuan perubatan dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam Maturation Invitro Oosit dalam Kadar Ovarian Rendah, dengan komitmen tinggi untuk terus memberikan penjagaan yang cemerlang kepada pesakit-pesakitnya.
Dr. Haji. Mohd Ramzul Adli Mohammad
General Practicioner
Dr. Ramzul telah menamatkan pengajian di UPM dan menerima Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari UPM pada tahun 2008. Selepas menyelesaikan latihan praktikal di PPUKM pada tahun 2010, beliau menerima tawaran penempatan di Klinik Kesihatan Simpang Songsang di Temerloh, Pahang. Pada tahun 2012, beliau dipindahkan semula ke Hospital Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat di Jabatan Kecemasan.
Setelah menunaikan perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan, beliau meneruskan kerjayanya di beberapa klinik. Didorong oleh semangat keusahawanan yang mendalam, Dr. Ramzul mengambil langkah berani dengan membuka klinik sendiri, Poliklinik Az-Zaara pada tahun 2016. Klinik tersebut dengan cepat mendapat reputasi sebagai salah satu klinik ibu dan anak yang terkenal di kawasan Ampang.
Dengan lebih dari satu dekad pengalaman dalam bidang ini, beliau mengenalpasti terdapat jurang yang signifikan dalam pengdigitan ekosistem penjagaan kesihatan. Dengan mindset keusahawanan beliau, disertai dengan dedikasi yang mendalam terhadap penjagaan pesakit, Dr Ramzul gigih mencari solusi inovasi melalui kerjasama dengan para profesional dan organisasi sealiran dengannnya untuk mengisi jurang tersebut dan memulakan perjalanan baharunya dengan Klinik Ezze untuk membentuk masa depan penjagaan kesihatan.