Sale!

Anak Demam? Jangan Panik. Panduan Praktikal untuk Ibu Bapa

Original price was: RM18.90.Current price is: RM10.00.

By Dr Pinky

e ISBN 978-629-99727-3-0

 

“Anak Demam? Jangan Panik. Panduan Praktikal untuk Ibu Bapa” adalah sebuah buku yang ditulis oleh ahli perubatan yang berpengalaman, bertujuan untuk membantu ibu bapa mengatasi kebimbangan mereka ketika anak mereka mengalami demam. Buku ini memberikan panduan yang komprehensif dan praktikal dalam menangani situasi demam, merangkumi segala aspek yang perlu diketahui oleh ibu bapa.

Salah satu aspek penting dalam buku ini adalah pengurusan kebimbangan ibu bapa. Penulis memberikan tips untuk menguruskan tekanan dan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa ketika anak mereka demam, serta bagaimana mendapatkan sokongan dari keluarga dan komuniti. Ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan penuh dengan ilustrasi yang membantu, buku ini adalah sumber yang berharga untuk semua ibu bapa.

Dengan panduan ini, ibu bapa dapat merasa lebih yakin dan tenang dalam menguruskan demam anak mereka, memastikan kesihatan dan kesejahteraan si kecil terjaga dengan baik. Buku ini tidak hanya memberikan pengetahuan tetapi juga sokongan emosional, membantu ibu bapa untuk tidak panik dan bertindak dengan bijak dalam situasi yang mencemaskan.

Contact Us:
  • 21A, Jalan Suarasa 8/3,
    Bandar Tun Hussein Onn,
    43200 Cheras Selangor.
  • 03 9547 4043 / 012 800 8554
  • klinikezze@gmail.com
Follow Us:
Our Location
©2024 Klinik Ezze - All rights reserved

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

Tanda dan Gejala

80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan.

Untuk Lelaki :

  • Keluaran cecair dari zakar (penis)
  • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil.
  • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja dan akan berulang.
  • Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

Untuk Wanita:

  • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
  • Sakit di bahagian abdomen (perut)
    Perdarahan diantara kitaran haid
  • Demam
  • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

Untuk Bayi:

  • Demam
  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Sakit mata

    Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan.

 

Rawatan

Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

Pencegahan

Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia.
× Hi, boleh kami bantu anda?